Jom baca entri ni

Saturday, June 30, 2012

(Gambar) McDonald's Puncak Alam Dirompak 1 Julai 2012

Assalamualaikum (: 

tengah wan mengoogle pagi2 ni , terjumpa satu actikel dari satu blog
dan wan rasa perlu kongsi dgn korang (: 
ni tentang McDonald's Puncak Alam Dirompak  baru je pagi tadi ...


Dari cerita mangsa, rompakan dilakukan 5 orang perompak menggunakan parang untuk merompak seterusnya merampas laptop serta harta benda pelanggan dan juga mesin wang di Mcdonalds.  Kejadian berlaku dalam pukul 2-3 pagi.

Penjenayah memakai topi keledar jadi sukar untuk mengenal pasti wajah penjenayah tersebut. Saksi berkata penjenayah menggunakan kereta Proton Satria hitam yang bernombor WHU 3832. Kalau ada ternampak tu sila laporkan segera kepada polis.




 McDonald's Puncak Alam ni jugak penah dirompak pada 2011 yg lalu
kepada korang yg suka lepak mcd tu ... hati2 ya (: terutamanya  McDonald's Puncak Alam ni

Credit blog : Fitrihadi.com

Saturday, June 23, 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum semua (: 

hope semua dalam keadaan sihat2 ...
Ok , harini wan nk inform berita gembira kepada korang (: ..
yang  tidak lama lagi akan ada rancangan yg akan buat korang  melekat depan tv xnk pegi mana2 ... heheh
Wan pun tengah godek fb tadi terjumpa maklumat pasal ni ,
so , wan nk inform laa kt korang yang tak lama lagi 
Ustaz Azhar Idrus akan keluar di kaca tv (:
 Nama racangan tu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus ...
wan pun tak tahu ape tu kemah keming heheh ..
lau ada orang ganu kt sini bgtau laa ea kt coment tu (:
Ustaz sendri pun penah cakap pasal hal ni ..
tapi tak confrem lagi ..
tapi skrg smpai dh kuar paper .. kira on laa tu (:

Program ni akan bersiaran kt Astro Oasis setiap hari selasa , rabu & khamis Jam 7.30pm ..
tapi yg tak bestnya waktu  magrib ...
wan harap waktu racngan ni akan di ubah ..
So , jgn lupa share entri ni kt kawan2 korang ye ...
bgtau supaya semua boleh menimba ilmu bersama (: 
sure , racangan ni akan meletup laaa ... sama2 kita nntykan kemunculanya (: 


Wallahualammm ....





Sunday, June 17, 2012

Hukum Cukur Rambut Separuh ( QAZA )


Assalamualaikum ... =_=

Malam2 mcm ni bosan tak tahu nk buat apa :-)
So,  wan pun terfikir nk buat entri pasal Hukum Cukur Rambut Separuh 
atau nama lain ialah QAZA ...

Sekarang kebanyakan lelaki sukakan trend sebegini , trend yg suka cukur kasi nipis rambut sebelah tepi saja
dh ada juga yg buat pelbagai corak2 garis di kepala ..
Pada mulanya wan pun tidak tahu trend sebegini adalah HARAM hukumnya ..
yang mana Rasulullah S.A.W sendiri pernah melarang seseorang itu melakukan perbuatan Qaza ini ..

   

    Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

    "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

    Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

    "Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

 (Hadis riwayat Abu Daud)


Jom dengar penerangan dari Ustaz Azhar tentang perkara ini :-) ..



Itu jelah wan nk kongsikan kali ni :-) harap membantu korang yang membaca ,
trima ksih sudi baca ya ! ...
opsss ! sebelum korang klik X  tu , jangan lupa follow & like fanpage wan ya ;) ..



Wednesday, June 6, 2012

(PANAS) Lirik lagu I'm Coming Home Menyeru dajjal (EURO 2012)


                                                                                    Assalamualaikum!

Sebelum ini lagu It will Rain nyanyian Bruno Mars pernah mencetus kontroversi gara-gara sebaris lirik lagu tersebut. Sape yg belum baca ttg lagu Bruno Mars tu boleh klik sini . Wan rasa korang sendiri pernah dengar lagu tersebut. Kali ini pulak giliran lagu I'm Coming Home nyanyian Skylar Grey yang dikatakan lirik lagunya seakan-akan menyeru kedatangan Dajjal. Mari kita perhatikan bait-bait lirik tersebut.

The Chorus :
I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
( dajal datang membawa hujan )
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
..................................................................
Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you
.................................................................
Another lie that I carry on
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong
.................................................................
What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs
.................................................................
But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home
.................................................................
“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just like our normal day )
Lot of fights, lot of scars
...................................................................

Akhir dunia nanti akan kering kontang, penyakit akan menyular, maka datanglah dajjal membawa hujan. Pada ketika itu orang kafir akan mengangkat dajjal sebagai tuhannya. Dan sekarang kita boleh nampak banyak sangat penyembah-penyembah syaitan (dajjal). Yahudi dan Kristian berbaik jugak adalah kerana dajjal. MasyaAllah... tak dapat nak bayagkan bagaimana kalau kita masih ada waktu munculnya dajjal....:'(

Sedarkah kita bahawa lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sesetengah artis barat bermaksud untuk menyeru kedatangan Dajjal?

Keadaan gawat nanti ketika kedatangan dajjal.Rasul saw berpesan kpd kita agar jangan keluar rumah. Makanan & minuman saat itu hanyalah : سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
Kedatangan dajjal semakin hampir tatkala manusia semakin lupa tentang bahana kedatangannya.

Wallahualam..

 
Template Edited By WanScarlet ♥ All Rights Reserved ©2011-2012