Jom baca entri ni

Wednesday, May 30, 2012

Jom Pergi Himpunan Hijau Ke Putrajaya


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalamualaikum semua pembaca blog wan :) 

Entri kali ni wan just nk inform korang tentang Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya :)
Program ini akan berlangsung pada 1 Jun 2012 ni , bermakna 2 Hari lagi iaitu pada hari Jumaat ini .

Program ini Dianjurkan Oleh Dewan Pas Malaysia untuk anak muda besar-besar yang dipanggil “Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya”. “Projek  Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya adalah merupakan sebuah projek mega Dewan Pemuda PAS Malaysia. Motifnya adalah untuk mengembeleng dan mobilisasi kebangkitan anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan  cita-cita perjuangan Islam  melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan”,
Pada hari tersebut digalakan memakai baju berwarna hijau :) kerana hari tersebut 
bertemankan hijau ...

“Jangan ketinggalan untuk menyertai gerakan kebangkitan anak muda kali ini kerana kita mahu menggapai pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah”.

“Kami turut mengadakan konvoi motorsikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke tempat program yang akan diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri”, beritahu A. Halim selaku Pengarah DACS merangkap pengarah program konvoi permotoran.



Program ini akan berlangsung Pada Hari Jumaat 1 Jun 2012 
Dan bertempat di Stadium Darul Aman Kedah bermula jam 4.00 petang sehingga ke 7.00 malam. :)
Antara yg hadir pada hari tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz , Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang , Mat Sabu & Ramai lagi ..

Juga pada hari itu ada penampilan khas iaitu bigboh kita Ustaz Azhar Idrus , Abg Bob Lokman
A.Samad Said & Wakil muslimah kita Aishah :)



Video PROMO HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA 


 Wan sendiri pun insyallah jika tiada apa halangan akan turut serta bersama dalam program ini :)
baju pun dh siap boh ... hehehe..
tak sabar nk pegi je ni , menanti hari tuk pegi bersama kawan2 lain berkonvoi ke sana ..
wan dengar berita kebanyakan Homestay & Hotel di sekitar Alor Setar 
 habis ditempah untuk program ini  .



 Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

So, korang mcm mana ? jom laa join skali :) .. buka mata buka minda tanya iman :)..
yg tak dapat pergi tu , doakan supaya program ni berjalan dengan lancar , amen ..
Wan akan update gambar2 dan video insyallah ..
 korang semua boleh like page ni & nntykan update terkini tentang program ni dari masa ke semasa

Itu jelah yg wan nk share kat korang :) hope korang dapat join skali lagy bagus ..
jangan lupa share ye .. 
Wassalam ..

0 comments:

Post a Comment

 
Template Edited By WanScarlet ♥ All Rights Reserved ©2011-2012