Jom baca entri ni

Wednesday, May 30, 2012

Jom Pergi Himpunan Hijau Ke Putrajaya


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
Assalamualaikum semua pembaca blog wan :) 

Entri kali ni wan just nk inform korang tentang Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya :)
Program ini akan berlangsung pada 1 Jun 2012 ni , bermakna 2 Hari lagi iaitu pada hari Jumaat ini .

Program ini Dianjurkan Oleh Dewan Pas Malaysia untuk anak muda besar-besar yang dipanggil “Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya”. “Projek  Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya adalah merupakan sebuah projek mega Dewan Pemuda PAS Malaysia. Motifnya adalah untuk mengembeleng dan mobilisasi kebangkitan anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan  cita-cita perjuangan Islam  melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan”,
Pada hari tersebut digalakan memakai baju berwarna hijau :) kerana hari tersebut 
bertemankan hijau ...

“Jangan ketinggalan untuk menyertai gerakan kebangkitan anak muda kali ini kerana kita mahu menggapai pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah”.

“Kami turut mengadakan konvoi motorsikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke tempat program yang akan diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri”, beritahu A. Halim selaku Pengarah DACS merangkap pengarah program konvoi permotoran.



Program ini akan berlangsung Pada Hari Jumaat 1 Jun 2012 
Dan bertempat di Stadium Darul Aman Kedah bermula jam 4.00 petang sehingga ke 7.00 malam. :)
Antara yg hadir pada hari tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz , Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang , Mat Sabu & Ramai lagi ..

Juga pada hari itu ada penampilan khas iaitu bigboh kita Ustaz Azhar Idrus , Abg Bob Lokman
A.Samad Said & Wakil muslimah kita Aishah :)



Video PROMO HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA 


 Wan sendiri pun insyallah jika tiada apa halangan akan turut serta bersama dalam program ini :)
baju pun dh siap boh ... hehehe..
tak sabar nk pegi je ni , menanti hari tuk pegi bersama kawan2 lain berkonvoi ke sana ..
wan dengar berita kebanyakan Homestay & Hotel di sekitar Alor Setar 
 habis ditempah untuk program ini  .



 Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

So, korang mcm mana ? jom laa join skali :) .. buka mata buka minda tanya iman :)..
yg tak dapat pergi tu , doakan supaya program ni berjalan dengan lancar , amen ..
Wan akan update gambar2 dan video insyallah ..
 korang semua boleh like page ni & nntykan update terkini tentang program ni dari masa ke semasa

Itu jelah yg wan nk share kat korang :) hope korang dapat join skali lagy bagus ..
jangan lupa share ye .. 
Wassalam ..

Monday, May 28, 2012

Menjadi Bos/Majikan yang bertaqwa ?

Assalamualaikum semua , Gua Rock Gua Beriman ! :) yeah ! ... hehe...

Ok , harini wan nk share & berkongsi pendapat tentang 
Menjadi Bos/Majikan yang bertaqwa :)
entri khusus untuk sesapa yang bekerja ye :)
yang student tu boleh belajar2 ya ..


Gambar dari: AnsarComp, Putra Heights

mesty ada antara korang dh biasa tengok gamabr ni kan ?
wan pun ambil dari suber facebook untuk share kt korang :)

Pernah rasakan pengalaman bekerja di syarikat yang boleh solat berjemaah begini di pejabat? Pagi-pagi sebelum sibuk hal dunia, mereka akan layan kuliah agama dulu. Boleh dikatakan ada sahaja 'perkara agama' diterapkan dalam kehidupan bekerja.Bagaimana dengan pejabat anda? tempat kerja anda? adakah boss mengambil berat tentang solat anda? adakah mereka risau jika pekerjanya tidak tahu ilmu agama? moga Allah membalas kepada boss-boss atau ketua yang sangat bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal pekerjanya.

macam mana korang rasa kalau bos/majikan korang mcm ni ?
tentu semua best bekerja dengan dy kan.. 
sudah semesty nye menjadi tanggungjawap seorang ketua keatas anak2 buahnya,
bukan hanya seorang ayah kepada anaknya & suami kepada isterinya ..

nampak bos dduk dalam bilik kena aircond duit masuk tiap2 bulan beribu2 nampak senang je kan?
tapi tanggungjawap mereka lebih besar dri anak2 buah.

Majikan menanggung dosa pekerja2 nya yang tak menegur pekerja2nya
yang xtutup aurat khususnya bgi yang muslim ..
ramai ke bos skrg yang ambik kesah ttg ni ?
alangkah bahagianya dapat bekerja dengan bos yang mengambil berat atas pekerjanya
 terutamanya hal ehwal agama ..
klau semua pekerja di didik dengan bos sendri ttg ilmu agama
tentu tak da sifat iri hati & dendan antara majikan dengan pekerja
maklum laa :) sapa yang bekerja tahu laa kan? hehe..

apa salahnya kalau dalam office ade stu ruang/surau untuk solat ,
sampai time rehat , sebelum g makan solat berjemaah dulu 
biar bos jadi imam ..
kalau bos tak buat korang leh suggest kt dy suh wat mcm ni.. ( mmpos nk buat hahah )

so, mmg la cakap senang nk buat susah kan ?
tapi kenalah cuba dulu :)
just berkongsi pendapat je :)
kalau ada sesapa office dy ade bos yang mcm ni 
commnet & kongsi2 lah cita ya ...
 biar Ustaz Azhar jelaskan sikit bab solat Berjemaah ni :) 




#sebelum korang clik close kt atas tu :) 
wan mintak korang follow & like fanpage GUA ROCK GUA BERIMAN dulu ye :)
kepada yang dh like & follow wan ucap thnks untuk korang :)

Wallahualam ...







Sunday, May 27, 2012

Lagu Bruno Mars Rosakan Akidah?

Assalamualaikum semuaa :) 

Pagi2 isnin ni , untuk hilangkan bosan bekerja  hehe... 
baik buat entri blog lagi bagus ...

so, harini wan nk cite pasal ade lagu penyanyi international yang popular
cakap je mesty terkenal , dulu pernah terkenal dengan lagu I'M YOURS :) sape?

yeahhh ! btul ! BRUNO MARS :)
sekarang keluar dengan lagu terbarunya IT WILL RAIN
yang liriknya boleh membawa kepada kekufuran ..


klik untuk besarkan



Ada dua rangkap baris lagu yang boleh menyesatkan ...

There's no religion that could save me
no matter how long my knees are on the floor


                                   maksud

Tidak ada agama yang boleh menyelamatkan aku
 tidak kira berapa lama lutut saya adalah di atas lantai

Nak dengar lgu tak salah tapi pastikan liriknya...
jangan terlalU lalai dengan lagu hingga lupakan kewajipan kita kepada Allah SWT ...
Bak kata Ustaz Azhar Idrus " JANGAN SAMPAI JADI NAJIS " :)





#TOLONG SEBARKAN...

Banyak anak muda tak ambil kisah pasal perkara sebegini. walaupun nampak remeh, tapi boleh meruntuhkan 


institusi akhlak itu sendiri. sama-sama kita sebarkan dan selamatkan akidah. amin. fisabillillah

SILA KLIK "SHARE" PADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN :) MUDAHKAN DAPAT PAHALA DENGAN CARA BERDAKWAH DLM FACEBOOK ♥ INSYAALLAH :)




*Mintak jasa bk korang like fanpage ni ya :)





Ustaz Azhar Idrus Ditegur Budak SkinHead

Salam korang semua :-)
Ni ada satu kisah menarik di mana Ustaz Azhar Idrus telah berjumpa dengan budak Skinhead di Ampang. Di mana budak Skinhead tersebut telah menegur Ustaz Azhar Idrus yang kebetulan ada di situ mungkin.. Mari kita tengok apa yang dibualkan bersama Ustaz Azhar Idrus

Gambar Hiasan




Friday, May 18, 2012

JOM G KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS ! :)

Salam semua :) ... 

Ok senang cita wan just nk inform kt korang sal Kuliah Ustaz Azhar Idrus kt penang :) ..
"Santai Anak Muda" di Padang Kota , Penang :) ..
so , kepada korang terutamanya yang stay penang tu jom la pakat2 p ya :) 
bukan senang nk dapat program ilmu yang santai mcm ni :) 


Abg bob lokman , Sham Kamekaze & Ali XPDC turut hadir malam tu :)
conferm best laaa ... jagan lupa bawak sejadah masing2  & I MORE ! ... camera jugak :) hehe
boleh bergambar dengan ustaz & abg2 macho kita 

ok tu je ya ! :) daaa....

Tuesday, May 15, 2012

HARAM sambut Hari Ibu ?


Salam ladies & gentelman :) ... 

hah ! mesty korang tekejut dengan tajuk tu kan ? hari ibu haram kita sambut ? 
itulah hakikatnya ... cuma kita saja yang tertipu dengan tipu helah yahudi yang mengaburi mata kita ...

Jom kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia :

 “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


Jom tengok apa pandangan ustaz azhar tentang ini :) 


Perghh.. ustaz memang terbaik , sebut aja pasal apa pun.. semua ustaz tahu atas akal fikiran
yang ALLAH SWT ..
itulah cara menjadi pendakwah yang terbaik :) 

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

P/S: Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah..















Wednesday, May 9, 2012

Takutnya ! Ubat Kurus Membunuh ?

Assalamualaikum semua ! :)

tengah fikir2 nk buat entri ape malam ni , tetiba2 terfikir pasal ubat kurus ... heee :)
klau kawan wan thu wan buat entri ni mmg jadi 'bahan' laaa heheh...
Sejak badan mula naik mendadak ni ... kawan2 asyik kata je ... tension ! .. 
pewot mcm orang dh kawen je .. adess....
pastu wan try laa cari ubat2 yang kononya boleh turunkan berat ni heheh....
pastu ade orang syorka wan try ubat kurus, ubat tu nama Lami / Lasmi .
ubat ni dari edon, then pas orang tu suh wan try , wan pun beli laa then makan setiap hari .. 3x 1hari ..


Pas wan makan tu kesanya memang bagus , nampak laa kurus sikit heheh... 
ubat ni menghilangkan selera makan dan mengurangkan nafsu makan ...
ubat ni dalam bentuk pil dalam 1botol ade 30 biji ..
yang nk jadi ceritanya , aritu kak wan bgtahu yang ubat tu bahaya
ada yang meninggal sebab amalkan ubat kurus tu ... eee.. takut jugaklah mulanyaa..
tapi wan 'ignore' je benda tu ...



Pada mulanya xpecaya ... tapi last week wan try laa google cari sal ubat ni ..
betul ke ape yang kak wan gtaw tu ..
lepaaaassss tuu... korang tahu semua actikal bgtau yag ubat ni memang bahaya ! ... :(
ada cita yang sama dengan kak wan plak tu :( 
ade yang meninggal  disebab ubat ni..


Ade gurl yang masuk hospital sebab
mempunyai gejala psikiatris termasuk halusinasi auditori dan visual,
 paranoid dan perasaan yang tidak stabil 
(psychiatric symptoms including auditory 
and visual hallucinations, paranoid ideas and low mood)
 selepas minum produk ni .. eeee .. 
sape yang memakan menjadi ketagih tidak ubah seperti mengambil pil khayal berikutan ia dipercayai mengandungi sejenis racun kimia berbahaya yang sengaja dimasukkan ke dalamnya.
huuuwwaaa ! ;(

padahal wan dh telan ubat tu 25biji dh :( ade agy balance ubat tu ...
pas ni compem ! x makan dh laa jawapnye .. xnk try dh laa pas ni ...


So, kepada korang yang tengah amalkan ubat2 atau nk try ubat kurus ...
pas ni perlu chek btul2 ya ! ..apa susah, sekarang kan google je ! 
segalanya dihujung jari anda .. heheh.. chewah ..


#oke tu je tuk malam ni ya ! thnks sebab baca ...
eh, before korang chaw ! tolong laa follow & like fanpage wan tu ye :) 
u molow ni i molow u back oke ! sengau lak hehe...
Comment laa ye :) 
ok .daaa...



Tuesday, May 8, 2012

Jangan MeNERAKAkan Orang Lain

Salam u all ! :) jangan la hairan blog wan ni kosong je ye :) sebab wan baru je buat heeee :D .. 

harap korang support blog wan ni ya ! jangan lupa follow okeyh !..

Sekarang ramai org selalu suka menjadi hakim pada orang lain 
pantang seorang tu buat benda buruk sikit , mula laa nk mengutuk , mengata yang bukan2..
padahal dia hanya tengok dengan mata kasar , dalam hati orang tu mana kita tahu kan? .........
mungkin diluar nampak buruk tapi didalam ? sapa yang tahu kan ....
so, janganlaa suka2 yang 'judge' orang lain ya ! :)

Hari ini mungkin dia TIDAK BERTUDUNG, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS MENUTUP AURATNYA..

Hari ini mungkin dia seorang yang KAKI MENGUMPAT DAN MENCELA, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING LEMBUT BICARANYA..


Hari ini mungkin dia seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang LENA..


Kita TIDAK PERNAH TAHU dan TIDAK AKAN TAHU..
tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang..


tetapi, MENGAJAK MANUSIA ke jalanNya dan SALING MENDOAKAN..
maka, JANGAN HINA permulaan seseorang kerana kita TIDAK TAHU bagaimana PENGAKHIRANNYA.. :) 





"Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata , Rasulullah S.A.W bersabda; Janganlah kamu saling dengki-mendengki, janganlah kamu saling tipu-menipu, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling belakang-membelakangi (musuh-memusuhi) dan janganlah sesetangah kamu menjual atas jualan setengah kamu yang lain , tidak boleh ia menganayai, dan tidak boleh ia mengecewakannya, dan tidak boleh membohonginya, dan tidak boleh menghinanya, Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya tiga kali, cukuplakh kejahatan seseorang itu ia menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah , harta, dan kehormatannya. "



 
Template Edited By WanScarlet ♥ All Rights Reserved ©2011-2012